Sejarah Sekolah


Latar Belakang Sekolah

      Sekolah Kebangsaan Sungai Sebatu, Baram merupakan salah satu daripada 60 sekolah rendah yang terdapat di Daerah Baram. Sebagai pengenalan ,sekolah ini di kategorikan dalam Zon Baram Tengah. Sekolah ini terletak berdekatan dengan Long Lama iaitu pekan terdekat bagi sekolah ini iaitu kira-kira dalam 3 kilometer atau 30 minit jalan darat. Jarak sekolah ini dari Bandaraya Miri  ialah sejauh 150 kilometer atau 3 jam perjalanan. Pengangkutan utama yang digunakan untuk keluar masuk ke sekolah ini ialah kenderaan pacuan empat roda. Hal ini disebabkan oleh faktor permukaan jalan yang berlumpur atau lebih dikenali sebagai “off road”.  

      Sekolah ini mula ditubuhkan pada tahun 1960 yang diketuai oleh guru besar pada masa itu iaitu Cikgu Sat anak Jingga. Sepanjang tahun 1970 dan seterusnya sekolah beroperasi dengan menggunakan dana yang dikumpul sendiri. Punca pendapatan sekolah pada masa ini ialah murid sekolah menawarkan khidmat mengangkut air ke rumah panjang. Upah daripada perkhidmatan inilah digunakan sebagai sumber pendapatan sekolah ini. 

     Bermula dari tahun penubuhannya, hinggalah sekarang, sekolah ini telah berjaya menggondol beberapa anugerah yang amat dibanggakan bagi sekolah kecil di pedalaman. Pencapaian itu ialah terpilih dalam calon “New Deal” pada tahun 2012 dan 2015. Daripada pencalonan ini, sekolah ini dengan bangganya dipilih sebagai sekolah yang mendapat New Deal pada tahun 2013. Ianya merupakan satu pencapaian yang hebat bagi sekolah kecil di pedalaman yang serba kekurangan dari pelbagai sudut. 

Maklumat Sekolah

Kod Sekolah
:YBB4339
Nama Sekolah
:SK SUNGAI SEBATU
No Pendaftaran Sekolah:Gred Sekolah:B
Jenis Sekolah
:102 - SRK
Sesi
:1 - Pagi Sahaja
Status Sekolah
:10 - Beroperasi
Peringkat Sekolah
:11 - Rendah
Jenis Bantuan:1 - Sekolah KerajaanJenis Murid:3 - Lelaki dan Perempuan
Lokasi Pendaftaran
:2 - Luar Bandar
Lokasi Semasa
:2 - Luar Bandar
Bahasa Penghantar
:A - Bahasa Melayu
Tarikh Tubuh
:
01/01/1960
Status Bangunan:1 - Bangunan sendiri
Koordinat
:

3*50'47.5"N 114*23'50.4"E
Label Sekolah:7 - SKM ABM
16 - Pedalaman

Lokasi Sekolah
















Bangunan Sekolah

Bangunan Akademik

Dewan RMT

Padang dan Gelanggang Badminton
Kuarters Guru

Kuarters Guru

0 comments:

Catat Ulasan