Ahad, 1 Julai 2018

PROGRAM SILANG BUDAYA 2018 [29.06.2018]


               'Tak Kenal Maka Tak Cinta' merupakan satu peribahasa yang sering digunakan dalam masyarakat kita dan dapat diterapkan dalam usaha untuk mengeratkan perpaduan kaum di  Malaysia. Sejajar dengan ini, pada 29 Jun 2018 yang lepas, pihak Sekolah Kebangsaan Sungai Sebatu Baram (SKSS) buat julung kalinya telah mengadakan Program Silang Budaya. 


           Program Silang Budaya bertujuan untuk meningkatkan kefahaman mengenai kebudayaan dan tradisi kaum yang terdapat di Kampung Sungai Sebatu disamping mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara pihak sekolah dan komuniti setempat. Ia juga merupakan salah satu aktiviti sarana yang telah dirancang oleh pihak SKSS.



Tepat jam 10.00 pagi, Cikgu Fattah selaku pengerusi majlis telah menjemput semua hadirin untuk berkumpul di Dewan Tahun 6. Majlis dimulakan dengan sepatah dua kata daripada Guru Besar, En. Goyang dan juga YDP PIBG, Puan Duri.



Program kemudiannya diteruskan dengan penerangan dan persembahan dari kumpulan 'Hari Gawai' dan diikuti dengan kumpulan 'Hari Raya'. Dalam sesi ini, wakil dari setiap kumpulan dikehendakki menerangkan serba sedikit mengenai tradisi perayaan kaum masing-masing.













Selesai sahaja persembahan daripada kedua-dua kumpulan, program diteruskan dengan sesi bertukar hadiah oleh para staf SKSS. Program diakhiri dengan jamuan Hari Raya dan Hari Gawai. 











Secara tuntasnya, Program Silang Budaya ini telah berjaya mencapai objektifnya. Pelbagai pengalaman baru dan tradisi kaum Iban dan Melayu terutamanya telah dikongsikan sepanjang program ini berlansung. Pihak SKSS mengucapkan ribuan terima kasih buat semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Program ini tamat pada jam 1.00 petang. 

"KAMI TAK RAMAI, TAPI KAMI ADA"
Teks: mfd
Foto: mfd

Read More

Rabu, 20 Jun 2018

Majlis Sambutan Hari Guru 2018 [ 16 Mei 2018]

Pada 16 Mei 2018, bertempat di Dewan Sungai Sebatu, telah berlansung sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah. Tema Hari Guru pada tahun ini adalah ' Guru Pemacu Transformasi Pendidikan'. Majlis tahunan ini telah dikelolakan oleh para staf SKSS dan juga para ibubapa.

Sempena Hari Guru tahun ini, terdapat beberapa acara yang telah dirancang untuk merai dan mengiktiraf jasa dan khidmat para guru yang sentiasa mendidik murid-murid tanpa jemu. Antara aktiviti yang dijalankan adalah Sesi Tukar Hadiah, Anugerah Guru, Persembahan Sajak, Persembahan Nyanyian Guru dan Sesi Memotong Kek. Walaupun majlis dijalankan dengan penuh kesederhanaan, namun para hadirin masih lag bersemangat dan gembira menyambut Hari Guru kali ini.
  
Untuk sambutan kali ini, Cikgu Fattah telah diamanahkan untuk bertugas sebagai juruacara majlis dan beliau memulakan majlis ini dengan meraikan ketibaan para guru dan staf SK.Sungai Sebatu.




Majlis seterusnya disambung dengan bacaan amanat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah, oleh Cg. Razak dan juga sedikit kata-kata aluan daripada Tuan Guru Besar, En. Goyang ak Bengkar.



Selesai sahaja ucapan daripada Tuan Guru Besar, majlis diteruskan dengan nyanyian lagu 'Kami Guru Malaysia', lagu 'Pendidik Bumi Kenyalang' dan lagu 'Fly Kenyalang Fly'.



  Aktiviti seterusnya adalah Majlis Anugerah Guru. Bagi aktiviti ini, setiap murid SKSS telah diminta untuk mengundi guru pilihan mereka bagi beberapa kategori yang dipertandingkan. Guru yang terpilih akan menerima hadiah sebagai tanda penghargaan.









  
 Selesai sahaja sesi pemberian anugerah, majlis diteruskan lagi dengan upacara pemotongan kek.



Selesai majlis sambutan di sekolah, semua hadirin kemudiannya dijemput untuk menjamu selera di Dewan Makan. 

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara lansung atau tidak lansung kerana telah menjayakan majlis sambutan Hari Guru pada tahun ini.  Diharap semoga aktiviti seperti ini dapat diadakan lagi bagi mengeratkan lagi hubungan antara para guru, murid dan juga ibu bapa.




"KAMI TAK RAMAI, TAPI KAMI ADA"
Teks: mfd
Foto: mfd

Read More